Kami amat menghargai sokongan anda dan berbesar hati kerana anda merupakan sebahagian daripada keluarga Tepung Aroma. Sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan anda sepanjang perjalanan ini, kami dengan sukacitanya memperkenalkan sesuatu yang istimewa khas untuk para pelanggan kami.
GANJARAN
LEBIH AROMA, LEBIH GANJARAN!
Mula kumpul point hari ini dan nikmati penjimatan untuk kesemua produk Aroma
BAGAIMANA IA BERFUNGSI
KUMPUL POINT
Setiap RM1.00 yang anda belanjakan, anda akan menerima 1 point. Contohnya, belanja RM50, dapat 50 point!
TEBUS POINT
Setiap 10 point = RM1.00 diskaun untuk pembelian seterusnya! Ada 100 mata? Maknanya anda jimat RM10.00!
AUTOMATIK & MUDAH
Daftar sebagai ahli, beli produk Aroma dan point anda akan direkod secara automatik. Tebus point semasa checkout!