1) Cara Bermula:
- Bagaimana untuk menjadi ahli Aroma? Mudah sahaja, daftar di laman Jadi Ahli Kami.
- Kelebihan menjadi ahli: Mata ganjaran ahli boleh digunakan untuk potongan pada pembelian seterusnya. Setiap 1 mata bersamaan dengan nilai RM1.00.
- Hadiah percuma seperti periuk nasi, apron, dan penggoreng elektrik akan ditawarkan dari semasa ke semasa, selagi stok masih ada dan hanya sah dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sentiasa memastikan stok mencukupi dan penghantaran terus ke pintu rumah anda untuk menjimatkan masa dan tenaga.
2) Maklumat:
- Anda mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat. Anda bersetuju untuk memberikan bukti pengenalan diri kepada syarikat apabila diminta.
3) Akaun Tunggal:
- Anda bersetuju bahawa hanya satu akaun boleh didaftarkan untuk setiap individu dan nombor telefon bimbit hanya boleh dipautkan kepada satu akaun Aroma sahaja.
4) Pertikaian Pembayaran:
- Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pihak bank dan entiti undang-undang bagi kaedah pembayaran anda.
5) Produk Hanya Boleh Ditukar:
- Jika didapati rosak oleh pengeluar sebelum tarikh luput.
6) Polisi Penghantaran:
- Setiap pembelian RM1300.00 dan ke atas layak untuk mendapat penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia (SM) dan Malaysia Timur (MT). Penghantaran dalam 7 hari di SM, 14 hari di MT.
7) Semua hak dan logo adalah tanda dagangan dan terpelihara.
- Oleh Tepung Aroma/Industri Makanan Jati Sdn. Bhd.